Cara Kira Duti Setem Perjanjian Sewa Rumah
duti setem perjanjian sewa rumah |
Ramai yang nak tahu macam mana nak tau berapa kena bayar duit duti setem untuk perjanjian rumah ataupun perjanjian kedai.
Tahukah anda., jika anda tidak meti setem atau bayar duti setem perjanjian sewa anda, maka ia tidak valid, sah dan boleh di bawa ke mahkamah.
Anda perlu membayar duti setem dalam tempoh 30 hari selepas kedua dua penyewa dan pemilik rumah menandatangani perjanjian sewa rumah (sekiranya perjanjian dilakukan di dalam Malaysia). Sekiranya perjanjian sewaa itu dilakukan di luar daripada Malaysia, ianya harus dilakukan dalam masa 30 hari daripada tarikh terima oleh pihak berkepentingan.
Duti setem perlu di bayar di mana mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)
Senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia = <SINI>
Boleh juga bayar di UTC ye.
Apa perjanjian sewa rumah atau perjanjian sewa kedai ini sebenarnya?
house rental agreement |
Perjanjian sewa adalah sebuah dokumen bercetak yang menyatakan kesemua syarat dan peraturan penyewaan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak penyewa dan tuan rumah sebelum penyewa berpindah masuk ke dalam rumah tersebut. Ia adalah perjanjian yang melindungi hak kedua dua belah pihak.
Ada 3 cara untuk membayar duit setem perjanjian sewaan:
- Duti tidak melebihi RM100 – wang tunai
- Duti tidak melebihi RM500 – setem pendapatan/hasil
- Kiriman Wang, Wang Pos, Cek Akaun Anak Guam atau Draf Bank di atas nama Pemungut Duti Setem dan hendaklah disertakan bersama-sama dengan surat cara yang berkenaan kepada pejabat setem secara serahan tangan.
Kalau anda tak bayar duti setem perjanjian sewa dalam tempoh 30 hari selepas tanda tangan, anda akan dikenakan penalti:
Penalti Duti Setem Perjanjian Sewa:
- RM25.00 atau 5% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;
- RM50.00 atau 10% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas tempoh 3 bulan tetapi tidak lewat daripada 6 bulan selepas masa untuk penyeteman; atau
- RM100.00 atau 20% daripada duti yang berkurangan, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetem selepas 6 bulan selepas masa untuk penyeteman.
Kenapa kita kena bayar duti setem perjanjian sewa?
Akta Duti Setem 1949 |
Menurut Jadual Pertama Akta Duti Setem 1949, surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan perlu dikenakan duti setem untuk memastikan perjanjian tersebut adalah sah di sisi undang-undang Malaysia.
Cara Kira Duti Setem Perjanjian Sewa Rumah atau Sewa Kedai:
calculate stamp duty rental agreement |
Senang je kiraannya.
Untuk Perjanjian Sewaan Setahun:
Duti Setem = (((Sewa Sebulan X 12) - 2400 ) / 250 ) X RM1
Contoh;
Sewa sebulan = RM1000
Maka;
Maka;
Duti Setem = (((RM1000 X 12) - 2400 ) / 250 ) X RM1
= ((12000 - 2400) / 250) X RM1
= (9600 / 250 ) X RM1
= RM38.40
= ((12000 - 2400) / 250) X RM1
= (9600 / 250 ) X RM1
= RM38.40
Untuk Perjanjian Sewaan 2 Tahun:
Duti Setem = (((Sewa Sebulan X 12) - 2400 ) / 250 ) X RM1
Contoh;
Sewa sebulan = RM1000
Maka;
Duti Setem = (((RM1000 X 12) - 2400 ) / 250 ) X RM2Maka;
= ((12000 - 2400) / 250) X RM2
= (9600 / 250 ) X RM2
= RM76.80
Untuk Perjanjian Sewaan Lebih 3 Tahun:
Duti Setem = (((Sewa Sebulan X 12) - 2400 ) / 250 ) X RM3
Contoh;
Sewa sebulan = RM1000
Maka;
Duti Setem = (((RM1000 X 12) - 2400 ) / 250 ) X RM3Maka;
= ((12000 - 2400) / 250) X RM3
= (9600 / 250 ) X RM3
= RM115.20
* Untuk setiap salinan perjanjian, tambahan RM10 akan dikenakan oleh LHDN (biasa anda akan buat satu salinan untuk simpanan anda, dan satu lagi simpanan penyewa).
* Jika sewa tahunan RM2,400 ke bawah, tiada setem duti dikenakan ya.