Panduan dan Cara Sewa Rumah
cara sewa rumah |
Sebelum tuan rumah memberi sewa kepada bakal penyewa, terdapat beberapa perkara yang perlu diambilkira supaya kepetingan dan kebajikan kedua dua belah pihak terjamin.
Elakkan kena tipu dalam penyewaan rumah ya!
Terdapat 2 perkara utama dalam perjanjian sewa rumah:
1) Surat Perjanjian yang dimatikan setem
1) Surat Perjanjian yang dimatikan setem
2) Deposit sewa dan sekuriti
tanda tangan sewa rumah |
Surat Perjanjian yang Dimatikan Setem Duti
Tahukah anda, surat perjanjian yang tidak dimatikan setem atau bayar duty stamp adalah tidak sah! Jadi sila pastikan mati setem. Untk matikan setem, anda perlu ke LHDN untuk bayar stamp duty (dalam harga RM50-300 bergantung). Sila berhubung dengan ejen untuk amaun stamping fee.
Surat perjanjian penting kerana ia melindungi penyewa. Perjanjian jelas akan memastikan perkara yang dipersetujui dalam perjanjian dilaksanakan.
deposit sekuriti sewa rumah |
Deposit Sekuriti dan Utiliti
Terdapat 2 jenis deposit yang kena bayar iaitu deposit sekuriti dan deposit utiliti. Bukan satu ya....wajib 2-2. Ini untuk melindungi tuan rumah.
deposit sekuriti rental |
Deposit Sekuriti
Biasanya standard untuk penyewa membayar deposit sekuriti sewa 2 + 1. Bermaksud, deposit 2 bulan sewa dan 1 bulan untuk bayaran semasa. Contohnya sekarang bulan Julai, dan penyewa merancang akan masuk rumah pada Ogos (katakan sewa adalah RM1000). Jadi deposit sewa diperlukan adalah 2 bulan RM2000 dan 1 bulan RM1000 pula untuk bayaran Ogos nanti. Itulah maksud 2+1 ya.
Jadi total penyewa perlu bayar untuk deposit sekuriti 2+1 adalah RM3000 sahaja.
PENTING = Deposit sewa TIDAK BOLEH digunakan sebagai bayaran 2 bulan terakhir sewaan. Anda perlu bayar sewa, walaupun dah notis nak keluar rumah.
PENTING = Deposit ini WAJIB dipulangkan kepada penyewa oleh tuan rumah setelah
diperiksa kondisi rumah dan bil-bil terkini rumah tiada yang tertunggak.
deposit utiliti |
Deposit Utiliti
Deposit sekuriti bermaksud deposit untuk:
1) Deposit bil elektrik
2) Deposit bil air
3) Deposit Indah Water Konsortium
1) Deposit bil elektrik
2) Deposit bil air
3) Deposit Indah Water Konsortium
Deposit Bil Elektrik
Deposti bil elektrik biasanya TNB akan diambil jika tuan rumah tidak menukarkan nama pemilik akaun kepada nama penyewa. Ini sangat tidak digalakkan kerana, jika penyewa tidak membayar dan membiarkan tunggakan, maka tuan rumah pula akan kerugian!
Sudah menjadi trend sekarang, penyewa akan mendaftar sendiri akaun bil TNB mereka menggunakan salinan surat perjanjian sewa kepada TNB. Ini lebih memudahkan penyewa untuk uruskan bil secara online/guna Apps TNB kerana atas nama mereka sendiri. Deposit pun tak perlu tunggu tuan rumah pulangkan kerana pada bila-bila masa, penyewa boleh terus ke TNB untuk buat semakan bil semasa dan tutup akan seterusnya ambil semula duit deposit TNB.
Sudah menjadi trend sekarang, penyewa akan mendaftar sendiri akaun bil TNB mereka menggunakan salinan surat perjanjian sewa kepada TNB. Ini lebih memudahkan penyewa untuk uruskan bil secara online/guna Apps TNB kerana atas nama mereka sendiri. Deposit pun tak perlu tunggu tuan rumah pulangkan kerana pada bila-bila masa, penyewa boleh terus ke TNB untuk buat semakan bil semasa dan tutup akan seterusnya ambil semula duit deposit TNB.
Deposit Bil Air
Deposit air pula akan diambil oleh tuan rumah sebagai deposit utiliti bil air.
Deposit Indah Water Konsortium
Deposit Indah Water Konsortium pula ramai yang tidak perasan bahawa IWK adalah utiliti yang dicaj secara bulanan. Sama seperti elektrik dan air! Oleh kerana penghuni rumah terkini adalah penywa, maka penyewa lah yang perlu membayar caj Indah Water Konsortium (IWK). Perlu faham, IWK bukan cukai ye macam cukai pintu dan cukai tanah (Cukai-cukai ini jelas dalam undang-undang adalah tanggungjawab tuan rumah dan bukannya penyewa).
Jika rumah yang disewa adalah apartment atau kondo. caj ini dimasukkan dalam caj maintenance fee kondo. Oleh itu, caj bulanan maintenance fee perlu dibayar oleh penyewa kerana mereka yang menghuni dan menerima benefit maintenance tersebut (pembentungan, lif, swimming pool, kebakaran dan lain-lain).
Pastikan jika anda menyewa rumah landed (atas tanah), caj IWK perlu dibayar mengikut jadual sama seperti bil elektrik dan air. Boleh bayar guna online supaya lebih mudah.
PENTING = Kebiasaan, deposit utiliti adalah 50% daripada nilai sewa sebulan. Contoh jika sewa bulanan RM1000, maka deposit utiliti adalah RM500.
terima kunci rumah sewa |
Kesimpulan Cara Sewa Rumah
Berikut adalah steps untuk sewa rumah
1) Sediakan maklumat dan salinan mykad penyewa dan saksi.
2) Agen Hartanah sediakan draf perjanjian sewaan dan penyewa isi borang sewaan berkaitan.
3) Bayar deposit sekuriti dan deposit utiliti kepada syarikat hartanah (JANGAN BAYAR KEPADA AKAUN INDIVIDU TERUTAMANYA EJEN HARTANAH UTK ELAKKAN PENIPUAN). Wajib bayar terus ke akaun syarikat hartanah ya. Tak mungkin sebarang perjanjian sewaan bayar ke akaun peribadi.
Duit duti setem, bayar terus kepada Agen Hartanah kerana kaunter LHDN hanya berurusan secara cash untuk mati setem duti. Tak boleh hutang ye!
4) Tanda tangan dan pulangkan kepada agen untuk dimatikan setem duti.
5) Ambil kunci rumah dan buat semakan. Jika ada kerosakan sebelum penyewa masuk, adalah tanggungan tuan rumah. Selepas kemasukan, semua kerosakan adalah tanggungan penyewa kecuali kerosakan item lusuh seperti tangki air, atap, dinding dan paip bawah tanah (ini bukan disebabkan penyewa tapi kelusuhan item).
5) Ambil kunci rumah dan buat semakan. Jika ada kerosakan sebelum penyewa masuk, adalah tanggungan tuan rumah. Selepas kemasukan, semua kerosakan adalah tanggungan penyewa kecuali kerosakan item lusuh seperti tangki air, atap, dinding dan paip bawah tanah (ini bukan disebabkan penyewa tapi kelusuhan item).
Jika item seperti mentol terbakar, tombol pintu rosak atau paip patah, itu adalah tanggungan penyewa kerana kelusuhan akibat penggunaan penyewa.
Selesai