Cara Jual Rumah Subsale
Cara Jual Rumah dan Hartanah |
Ramai juga yang bertanya, macam mana nak jual rumah atau subsale? Senang ke susah ke?
Bergantung kepada keadaan, pelbagai faktor yang perlu dilihat untuk proses jualan ni berjaya. Nanti kita tengok satu satu faktor dalam proses jualan rumah ni.
Konsep Asas Jualbeli Rumah atau Hartanah
Selesaikan cukai tertunggak sebelum jual rumah |
1) Rumah dijual mesti bebas hutang atau tunggakan cukai tanah, cukai pintu, bil Indah Water Konsortium, bil elektrik dan bil air. Dah settle semua baru boleh jual. Jangan beranggapan bila jual rumah atau hartanah, pembeli ambil alih hutang hutang tu! Salah konsep tu...habis terbabas hehehe.
Pembeli tanggung kos guaman lawyer fee jual rumah |
2) Pembeli akan menanggung kos lawyer dan bukannya penjual. Ni selalu pembeli buat buat terperanjat bila tengok kos lawyer. Selalu pembeli ingatkan mereka hanya tanggung harga rumah yang ingin dibeli sahaja. Jangan lupa, kos lawyer dan cukai stamp duty boleh tahan besar juga.
Punca Rumah atau Hartanah Tidak Terjual
Punca Rumah atau Hartanah Tidak Terjual |
Sebelum kita lihat cara jual rumah atau hartanah, kita lihat dahulu masalah kenapa rumah atau hartanah tidak dapat dijual. Belajar dari faktor ini, anda tidak akan mengulangi masalah yang sama dan menyebabkan rumah atau hartanah tidak terjual.
Ego Penjual
Oleh kerana telah lama duduk di rumah atau hartanah tersebut, maka pemilik berasa sangat sentimental dan meletakkan harga yang tinggi untuk nilai hartanah tersebut. Pemilik mudah rasa tersinggung jika bakal pembeli minta kurang harga.
Tips: Ada berpuluh lagi penjual yang realistik dengan harga dan mereka ini lebih mudah menjual berbanding anda. Letak ke tepi ego anda ya.
Ego juga boleh berlaku kepada mereka yang berpendapatan tinggi. Mereka berasakan tiada masalah untuk terus membayar komitmen loan dengan pihak bank, jadi kenapa perlu turunkan harga kepada bakal pembeli. Mereka ini merasakan jika tidak mampu beli, jangan bertanya. Pengalaman saya, pemilik rumah atau hartanah begini memang akan gagal menjual hartanah mereka sehingga bertahun tahun!
Tips: Kita kena realistik dan kembali kepada objektif asal iaitu menjual rumah atau hartanah tersebut. Nego dan adjust harga pasti berlaku kepada semua penjual bukan sahaja kita. Jadi perlu wujud satu nilai toleransi supaya urusan penjualan dipermudahkan dan masih memberi keuntungan.
Saya beri contoh, semua penjual menjual pada harga RM230K. Pemilik mahukan harga RM280K. Jika pemilik terus berkeras harga tersebut, maka sampai bila bila pun takkan ada pembeli kerana pastinya mereka akan terus mencari pilihan spesifikasi sama pada harga lebih rendah. Selagi ada penjual lagi menjual pada harga munasabah, selagi itulah hartanah tersebut takkan terjual!
Jika anda ada alasan munasabah contohnya banyak renovation, fully furnished dengan perabot, ada pembangunan berhampiran seperti sekolah, pasaraya, hospital, LRT maka anda boleh turunkan sedikit kepada RM250K.
Tapi, jika anda memang tiada alasan dan hartanah anda nak jual tu, sama sahaja dengan penjual penjual lain. Anda perlu berfikir secara realistik. Anda perlu beri nafas baharu kepada offer anda supaya hartanah tersebut dapat dijual akhirnya.
Market Value Rumah atau Hartanah
Market Value Rumah atau Hartanah |
Dari mana anda boleh dapatkan Market Value atau MV? Biasanya anda boleh tanya harga tersebut daripada Banker, Ejen Hartanah dan Penilai Professional (Valuer).
Banker ni kalau anda kenal, senang cerita. Tapi kalau tak kenal, standardnya tak berapa nak layan kerana mereka hanya bersungguh kalau anda ambil loan dengan mereka. Hehehe standard la tu, nak cari makan juga.
Ejen hartanah paling mudah. Tapi pastikan anda berurusan dengan serius. Kesian, mereka pun cari makan juga.
Penilai Professional atau Valuer pula, memang takkan layan melainkan bayar dahulu. Mereka ni memang buat kerja sebelum beri nilaian Market Value. Bukan sembarang sahaja.
Survey Market Jualan
Survey Market Jualan Rumah |
Kadang kadang, Market Value yang anda dapat tak tele langsung dengan situasi market jualan semasa! Jauh meleset. Pelik kan?
Tapi anda perlu faham, dunia kita ni dipengaruhi oleh sentimen market semasa. Ini memang realiti.
Saya bagi contoh. Di taman A rata rata penjual menjual rumah dalam range harga RM250K hingga RM270K. Namun, setelah anda check Market Value, anda dapati Market Value semasa adalah RM300K.
Soalan = dapatkah anda jual rumah tersebut pada harga RM300K?
Jawapan = Sangat sukar, mungkin lepas 3 tahun baru jual huhuhu....itupun kalau dapat jual.
Solution= Study semula market secara lebih terperinci. Pastikan spesifikasi rumah anda dengan harga yang digunakan dalam market jualan semasa. Contohnya, spesifikasi rumah anda selepas perbandingan, didapati ramai jual pada harga RM270K, maka anda patut menjual pada harga ini. Peluang rumah anda dijual menjadi lebih cepat dan mudah.
Tips: Bakal pembeli telah survey market lebih kerap berbanding anda. Kadang kadang hampir setiap hari check harga. Jadi jangan ingat mereka tak tau harga yang sedang ditawarkan oleh penjual lain. Mereka tahu spesifikasi rumah anda dijual oleh orang lain dengan harga berapa....pastikan anda juga study harga semasa jualan. Semak laman web seperti mudah.my, iProperty dan PropertyGuru.